Sepotong Baklava yang Menuntun Hatiku untuk Kembali

  1. home
  2. Books
  3. Sepotong Baklava yang Menuntun Hatiku untuk Kembali

Sepotong Baklava yang Menuntun Hatiku untuk Kembali

5.00 3 1
Share:

Baklava; Entah kenapa, ketika di Turki, tidak pula kita jemu menikmatinya walaupun kemanisannya itu memang benar-benar manis.Baklava pernah jadi...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Baklava;
Entah kenapa, ketika di Turki, tidak pula kita jemu menikmatinya walaupun kemanisannya itu memang benar-benar manis.

Baklava pernah jadi manisan yang sangat saya inginkan pada suatu ketika.
Semasa menuntut pelajaran bahasa, saya hanya mampu menikmati baklava ketika berkunjung ke dua rumah keluarga Turki pada hujung minggu.

Baklava telah menjadi punca ikatan persaudaraan buat kami.
Setelah dewasa, saya pula membawa sekotak baklava sebagai buah tangan ke rumah mereka.

Baklava mengingatkan saya kepada hal-hal manis tentang emak.
Emak membesarkan kami sekeluarga dengan jualan kuih-muih sejak kami kecil sehingga menjadi besar,dan dapat menjejakkan kaki ke luar negeri.

Baklava mengingatkan saya kepada masa lalu.
Waktu-Waktu saya berbasikal keliling kampung untuk menjaja kuih, saya menemani dan membantu emak pada waktu pagi.

Baklava dan kuih-muih kini jadi makanan yang ingin sekali saya nikmati sepuas hati.
Atas faktor kesihatan, buat masa ini saya perlu menghindari kekacang, tepung dan nasi.

Baklava di masa depan, adalah untuk orang lain.
Untuk mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Turki, saya ingin menemani sesi makan baklava itu.

  • Format:Paperback
  • Pages: pages
  • Publication:2026
  • Publisher:Dua Penulis PLT
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9672435355
  • ISBN13:9789672435358
  • kindle Asin:

About Author

Nilam Tang

Nilam Tang

4.19 70 27
View All Books